Anda Di sini : Info Ibadat Umrah > Syarat-syarat Umrah

Syarat - Syarat Umrah

Syarat adalah perkara yang paling penting dalam pelaksanaan sesuatu ibadah. Sekiranya seseorang itu tidak cukup syarat, umpamanya dia seorang kafir atau seorang Islam yang telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menepati ciri-ciri orang murtad, maka ibadah umrahnya bukan sahaja tidak wajib dikerjakan, malahan tidak sah jika dilakukan. Berikut ialah syarat-syarat pelaksanaan ibadah umrah:

  • Berakal - Tidak wajib kepada orang tidak berakal (gila) dan tidak sah jika dilakukan.
  • Baligh - Tidak wajib bagi kanak-kanak. Sah jika dilakukan tetapi tidak mengugurkan kewajipannya mengerjakan umrah setelah dewasa kelak.
  • Berkuasa - Berkuasa dengan menunaikannya sendiri ataupun berkuasa mengerjakannya dengan pertolongan orang lain (badal umrah).
  • Islam - Tidak wajib dan tidak sah bagi orang kafir dan juga orang murtad.
  • Merdeka - Tidak wajib bagi hamba abdi tetapi sah dan berpahala jika dapat dilakukan.

Takrif Berkuasa

Berkuasa mengerjakan sendiri - Seseorang itu dikira berkuasa mengerjakan umrah jika mempunyai perkara-perkara berikut:

  • bekalan untuk yang pergi dan juga untuk keluarga yang tinggal;
  • kenderaan;
  • aman perjalanan;
  • sihat badan dan akal; dan
  • berkesempatan (mempunyai masa yang cukup) untuk mengerjakan umrah.

Berkuasa bagi wanita - Bagi kaum wanita, mereka perlu mempunyai tiga lagi syarat iaitu:

  • Mendapat izin suami atau wali;
  • Tidak berada dalam iddah(walaupun suami telah memberi keizinan atau berwasiat membenarkan pergi);dan

Ditemani oleh:

  • Suami atau wali (atau jika tiada);
  • Mahram iaitu seorang lelaki yang haram bernikah dengannya (atau jika tiada);
  • Perempuan thiqat (dua orang perempuan yang boleh dipercayai, boleh membantu dalam urusan fizikal dan pelaksanaan ibadah. Walau bagaimanapun khidmat perempuan thiqat ini hanya boleh digunakan bagi umrah fardhu sahaja tetapi tidak bagi umrah sunat.